Saturday 7 November 2015

DOA BUAT ANAK DIDIKKU

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji aku panjatkan kesyukuran kepada Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas para nabi dan rasul sayyidina Muhammad dan ke atas anli keluarga baginda dan para sahabat baginda.

Ya Allah, ya tuhanku, rahmatilah keatas penghulu kami nabi Muhammad S.A.W. suatu rahmat . Engkau lepaskanku dari segala kesusahan, engaku tunaikan segala hajatku.

Ya Allah, kurniakanlah anak-anak didikku dengan akal yang sihat, mudah menerima ilmu yang berguna untuk dirinya dan bermanfaat kepada orang lain, golongkan anak-anak didikku di kalangan para pencinta ilmu, kuatkan semangat dan motivasi mereka dalam menuntut ilmu, engkau berilah kejayaan di dunia dan di akhirat kepada anak-anak didikku.

Ya Allah, golongkan mereka dalam golongan hambamu yang soleh dan solehah, jauhilah mereka daripada melakukan kerosakan di muka bumi, gerakkan hati-hati mereka supaya berebut berbuat kebajikan.

Ya Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif dan bijaksana, kurniakan kepada mereka kefahaman di dalam agama, tunjukkan mereka jalan yang benar, jalan yang engkau redhai, kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi, hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin.

Ya Allah, keluarkan mereka dari kesamaran dan muliakanlah mereka dengan cahaya kefahaman, bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu, hiasilah mereka dengan akhlak yang terpuji dan jauhkan mereka dari berakhlak keji dan mengikut hawa nafsu.

Ya Allah perkenankanlah doaku ini, doa hambamu yang dhaif lagi jahil, perkenankan doaku ini...perkenankan doaku ini....amin...amin....aminn..ya rabbal a'lamin...

Friday 6 November 2015

KISAH LUCU ANTARA GURU DAN MURID

Cerita ini berkaitan dengan seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Hari ini merupakan minggu pertama guru-guru di sekolah tersebut rolling kelas.

Guru      : Assalamualaikum....
Murid.   : Waalaikumussalam cikgu...
Guru.     : ( Memperkenalkan diri, menyemak nama murid-murid dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid ).

Kemudian guru tersebut bertanya berkenaan perkara tersebut.

Cikgu.    : Cikgu nak tahu siapa yang bernama "W.Taufik Www?"
Taufik    :" Saya cikgu ..."( menjawab sambil berdiri).
Cikgu      : Apakah nama panjang kamu?
Taufik    : Maaf cikgu...panjang sangat....
Cikgu.     : Tidak mengapa Taufik..sebut sahaja.
Taufik.   : Baik cikgu, nama penuh saya ialah...
Wabillahi TAUFIK -wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

AMALAN UNTUK MENAMBAHKAN DAYA INGATAN


  1. Solat lima waktu.
  2. Membaca Al-Quran.
  3. Bersugi.
  4. Membaca sambil mengadap kiblat dalam keadaan berwuduk.
  5. Qiamullail antaranya; solat hajat, tahajjud, taubat, solat istikharah( minggu peperiksaan).
  6. Elakkan makan berlebihan dan minuman berkarbonat.
  7. Perbanyakkan makan makanan sunnah seperti kismis, kurma, kekacang, madu dan sebagainya.
  8. Amalkan membaca mathurat, surah al-waqiah, Yassin, al-insyirah.
  9. Perbanyakkan berdoa untuk ibu bapa dan untuk kejayaan  diri sendiri.

TIPS PELAJAR CEMERLANG


  1. Taat perintah Allah.
  2. Hormati ibu bapa, orang yang lebih tua.
  3. Hormati guru.
  4. Bermotivasi tinggi.
  5. Berusaha, berdoa dan bertawakkal.
Tips smart studi
  1. Gunakan otak kanan dan kiri dengan membuat aktiviti untuk merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang dan menggunakan semua deria dalam pembelajaran.
  3. Belajar secara aktif menggunakan pen atau pensil.
  4. Belajar purata 3 jam sehari bersamaan 20 jam seminggu.
  5. Belajar dalam suasana yang kondusif antaranya pastikan cahaya adalah terang, kurangkan gangguan bunyi, tampal poster untuk menaikkan semangat dan motivasi dan sebagainya.
  6. Sentiasa mengawasi dan mengawal pencuri masa seperti angan-angan dan malas.
  7. Tidak belajar dalam keadaan letih.
  8. Berehat sebentar dalam 15 minit supaya tidak tertekan.



SAJAK BUAT ANAK DIDIKKU


Setinggi mana darjatmu,
Sehebat mana dirimu,
Sejauh mana langkahmu,
Sekuat mana tenagamu,
Kebiadapan tidak membawamu ke mana-mana.

Guru bukan untuk dimusuhi,
Guru bukan bahan untuk diumpat keji,
Guru bukan lilin yang ditiup mati,

Jangan kamu perlekehkan seorang guru,
Walaupun dia hanya berbasikal tua,
Walaupun dia tinggal sebatang kara,
Walaupun dia tidak berada..

Kerana........
Guru pemberi cahaya,
Menerangi alam semesta,
Sinar cahaya guru tidak pernah putus,
Dalam ajarnya ada harapan ,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada prihatin,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diamnya ada bijaksana,
Dalam tangannya kita dijana...


NASIHAT BUAT PELAJAR

Kata-kata Imam Syafie:-

  • Tuntutlah ilmu supaya cemerlang hidup di dunia dan akhirat kerana ianya amalan para   Nabi dan Rasul.
  • Hindarilah daripada bersifat marah kerana ianya adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun
  • Betulkan hati dalam diri supaya memperoleh keredhaan Allah S.W.T.
 Kata-kata Imam Al-Ghazali:-

  • Mati adalah yang paling dekat dengan kita.
  • Masa lalu adalah yang paling jauh dari diri kita di dunia ini.
  • Nafsu adalah yang paling besar di dunia ini.
  • Memegang amanah adalah yang paling berat di dunia ini. 
  • Meninggalkan solat adalah yang paling ringan di dunia ini.
  • Lidah manusia adalah yang paling tajam di dunia ini.