SIRAH



BIODATA RINGKAS NABI MUHAMMAD  S.A.W

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Baginda dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal bersamaan 20April 571 M, tahun gajah, pada waktu Subuh di kediaman Abu Talib iaitu di Makkah Al-Mukarramah.
Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim, manakala ibunya bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Baginda junjungan kita diasuh oleh Ummu Aiman yang merupakan hamba perempuan kepada bapa Rasulullah SAW dan disusukan oleh Thuwaibah dan Halimah As-Sa ‘ diah.
Baginda digambarkan sebagai seorang yang tegap, ketinggian sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Kulit baginda putih Kemerah-merahan. Wajahnya tampan, Rambutnya tidak terlalu kerinting ,tidak terlalu lurus, rambutnya ikal dan mencecah bahu. Kata-katanya lembut tetapi bernada tegas. Bola mata baginda hitam pekat, bulu mata lentik serta mempunyai bahu lebar. Ketika berjalan, baginda seakan - akan berjalan menuruni tanah yang lanai. Ketika menoleh pula, baginda menoleh dengan seluruh badan dan diantara kedua bahu baginda terdapat tanda kenabian.
Nabi gemar dengan warna merah, hijau, putih dan gemar melakukan aktiviti sukan antaranya menunggang kuda, memanah dan berenang.


Nabi Muhammad meninggalkan umatnya dijemput oleh penciptanya pada tanggal 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah bersamaan 8 JUN 632 Masihi, hari Isnin di Madinah Al – Munawwarah ketika baginda berusia 63 tahun.




SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Pengertian Sunnah
Merupakan segala yang diriwayatkan dari Rasulullah samada melalui perkataan, perbuatan, ataupun persetujuan.

Hukum mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W
Hukumnya sunat. Jika diamalkan akan memperoleh pahala dan jika tidak mengerjakannya tidak memperoleh sebarang dosa atau pahala.


          
SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW KETIKA MAKAN DAN MINUM
v  Tidak mencela makanan
v  Tidak makan sambil bersandar
v  Makan dan minum menggunakan tangan kanan
v  Makan menggunakan tiga jari
v  Menjilati jari-jemari apabila selesai makan
v  Mengambil nafas tiga kali ketika minum
v  Berdoa sebelum dan sesudah makan

SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW KETIKA TIDUR
v  Tidur dalam keadaan suci
v  Tidur di atas bahu sebelah kanan
v  Meletakkan tangan di bawah pipi
v  Meniup kedua tangan dan membaca doa lalu mengusapkannya ke seluruh badan
v  Tidur pada awal malam dan bangun di sepertiga akhir
v  Berdoa sebelum dan setelah bangun tidur
v  Membaca doa jika terjaga dari tidur


Marilah kita sama-sama berselawat ke atas nabi junjungan S.A,W. Semoga kita semua antara yang terpilih menerima syafaat dari baginda.










No comments:

Post a Comment