Hukum mad
Pengertian mad
Bahasa : Tambahan atau panjang.
Istilah : Memanjangkan suara bacaan huruf Al-Qur’an disebabkan adanya huruf "Mad" iaitu sesuai dengan aturan-aturan yang berlaku.
Huruf-huruf mad
1. ا ~ Alif, sebelumnya ada berbaris atas.
2. يْ ~ Ya' mati, sebelumnya berbaris bawah.
3. وْ ~ Waw mati, sebelumnya berbaris hadapan.
kadar panjang bacaan :1 alif bersamaan 2 harakat.
Contoh :
1. ا ~Alif, sebelumnya berbaris atas:-
بَا.....dibaca Baa dengan kadar panjang dua harakat
جَا...dibaca Jaa dengan kadar panjang dua harakat
رَا....dibaca Zaa dengan kadar panjang dua harakat
2. يْ~ Ya' mati, sebelumnya berbaris bawah:-
.سِيْ.....dibaca Sii dengan kadar panjang dua harakat
عِيْ.......dibaca 'ii dengan kadar panjang dua harakat
قِيْ.........dibaca Qii dengan kadar panjang dua harakat
3. وْ ~ Waw mati, sebelumnya berbaris hadapan:-
كُوْ...dibaca Kuu dengan kadar panjang dua harakat
هُوْ...dibaca Huu dengan kadar panjang dua harakat
يُو,,,,dibaca Yuu dengan kadar panjang dua harakat
Video huruf mad asli
Video bacaan mad asli
Antara video bacaan ayat Al-Quranul Karim
No comments:
Post a Comment